Tuesday, 27 October 2015

WE ARE JOURNALISM STUDENT - Journalism Is World




Journalism can never be silent: that is its greatest virtue and its greatest fault. It must speak, and speak immediately, while the echoes of wonder, the claims of triumph and the signs of horror are still in the air. Henry Anatole Grunwald...

ini nak bagitahu mereka ini lah L.A punya  sahabat journalism yang dari semester 1 hingga sekarang.....semua ni gigih nak jadi penulis yang hebat...ada pose macam dracula lagi..siapa tu?? Harissa ( barisan depan belah kanan hujung )....korang memang awesome!!


Ingatlah sahabat…

Bunga itu menguntum indah,

Menyeri dan mekar memerah,

Dipuji dengan berbagai-bagai madah,

Esoknya bunga itu gugur ke tanah,

Serpih demi serpih ia punah,

Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…

Engkau bukan layu seperti bunga,

Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,

Lambang bunga lambang sementara cuma,

Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,

Daerah kita bukan daerah cinta,

Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,

Tiada senda gurau memanjang yang meleka,

Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..

Disini uda dan dara telah berkubur,

Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…

Bumi kita bumi yang payah,

Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,

Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,

Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,

Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,

Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya

keredhaan dari Allah.

Sahabatku…

Semalam telah layu sekuntum bunga,

Telah gugur dari jambangannya,

Tetapi itu bukan perjuangan kita,

Bukanlah itu sebagai lambangnya,

Mulut telah kaku untuk bertanya,

Hati malu untuk memikirkannya,

Tidak seperti dahulunya,

Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..

Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,

Yang merindukan dan memburu syahid,

Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..

Senyumlah dan serilah wajah,

Walau pudar dan hambar datang tak sudah,

Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,

Doaku agar kita berani seperti Hamzah,

Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.











MUDAHAN JODOH EMMA MAEMBONG DENGAN HERO KACAK KAMAL ADLI



L.A nak ucapkan tahniah la kepada pasangan artis ini....siapa mereka berdua ni?

Bekas Awek Zizan Razak la...Emma Maembong dengan Kamal Adli....


L.A tengok mereka ni memang sepadan..seorang tu cantik putih gebu mulus bibir pink ala bunga dekat korea tu...haaahaha... yang seorang tu kacak , bergaya , sado , semua ada lah ciri-ciri kat dia ( dalam hati L.A pun merembes tengok jejaka ni)..


walaupun mereka ni belum meletakkan hubungan istimewa mererka , tapi L.A doakan korang kahwin dan buat majlis grand-grand taw!! tak sabar nak tengok si Putih ( Emma ) si hitam ( Kamal) naim atas pelamin dan dapat ramai anak ...maklumah keturunan si emma ni kan bnyak anak..tengok saja adik beradik dia..fuyuuuooooo...


Emma dan Kamal - nasihat L.A kat korang , jangan dengar kata orang. banyakkan lakukan solat hajat..mana tahu memang jodoh kamu berdua...amiin....



Statement Emma!!

"Sejak dahulu lagi, saya sering mengatakan bahawa saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Rasa itu hadir mungkin disebabkan saya sudah mempunyai karier yang stabil dan tidak mahu berlengah-lengah dengan cinta monyet.

Jika dia (Kamal) merupakan jodoh yang telah ditentukan Tuhan, saya menerima dengan hati yang terbuka. Namun, jika sebaliknya, saya tidak akan menutup hati untuk bercinta lagi"

Doaku kepada Ibu yang Dicintai

Wahai sang anak-anak yang dikenang....
Ingatkah anda kepada ibu yang melahirkan kamu?
Sayangkah anda terhadap ibu yang menyusukan kamu?
Pengorbanan ibu kepada kamu amat bermakna sehingga tertanamnya jasadnya ke liang lahad...

L.A setiap masa berdoa untuk kesejahteraan ibunda tercinta...wahai ibuku yang berjasa , segala titik peluh keringatmu membuatkan ku ingin seperti dirimu yang selalu mengucup pipiku setiap pagi ke sekolah...Engaku umpama permata yang berkilau di setiap zarah tubuhku...wahai ibu , segala jasamu akan ku kenang dan tidak akan pernah berpaling tadah terhadap dirimu.
Ya Allah , kau sejahterakan ibuku walau dimana dia berada..kau panjangkan umur ibuku dalam apa jua dia lakukan... dia ibuku seumpama  kain putih suci lagi bersih. 


ku sertakan puisi buat dirimu IBUUUUUUU.......

FILOSOFI EMBUN
Karya: Rayhandi
Embun bening menyeruak ke dada daun
Jatuh di terbang dingin
Hinggap di akar hitam
Menemui pagi dengan sepi

Aku ingin menjadi kuasa
Memelukmu dan mencintaimu hingga nyawaku menjadi akar
Kusam kering tanpa embun

Ibuku sangat hebat
Hatinya kekar tanpa gores
Mendoakannya di ceruk langit
Semoga tuhan sudi menguping

Angin malam menjadi saksi biru
Menusuk mata hingga tulang
Patah panting tak bertuan
Atas dahaga mati yang takkubayar

Hingga detik ku cumbu nafas
Embun masih membisu di ujung pagi
Membawa cahaya membuka tabir
Hidup dalam jendela baru
Semoga harapan enggan mati.

Tuesday, 20 October 2015

HELLO EVERYBODY....ASSALAMUALAIKUM BUAT SEMUA MUSLIM DI DUNIA YANG INDAH LAGI BERSERI....

Terlebih dahulu ingin ioss memperkenalkan Muhamamd Amri Bin Abd Mutalib
Uolls boleh panggil iols L'A...
L'A berasal dari tanah air Johor Bharu yang indah lagi permai suasananya..hahahaa... 
umur L'A baru  23 tahun ( Muda Lagi Berseri ) kalau boleh memang nak muda sentiasa..hehhee..
 L"A kini sebagai pelajar MASSCOM JOURNALISM uolls... NAk tahu dimana??UiTM Shah Alam yang Havoc lagi Vavavavomm!
let's start! L'A akan bagi korang ni semua cerita yang tersirat lagi tersurat..kita bongkar segala rahsia dalaman dan luaran..TAK GITU!!!
hope uolss happy and keep smile while read my story!!