Pada 7 November 2015 ( SABTU ) yang lalu, saya ada membaca satu artikel yang sangat menarik dan telah memberikan impak yang berkesan buat diri saya dimana ianya membuka minda saya untuk mengetahui apa itu sebenarnya kemunculan media baru dan tradisional.
Artikel tersebut telah disiarkan dalam satu blog SUARA MURBA bertajuk BALKANISASI SIBER :GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1MALAYSIA. http://suaramurba.blogspot.my/2011/11/artikel-3-balkanisasi-siber-gangguan.html.
Hasil tulisan karya seorang pensyarah dari Fakulti Komunikasi Pengajian Media iaitu DR. Rahmat Ghazali telah memberikan informasi yang sangat baik kepada masyarakat umum.
Pada awalnya saya membaca artikel tersebut, tidak pernah saya mengetahui akan kemunculan negara-negara Balkan. Malah juga , apa yang cuba disampaikan oleh penulis , saya tidak mengerti akan informasinya.
Apa itu BALKANISASI? Balkanisasi dalam erti kata lain, suatu teori di mana ia menggambarkan mengenai sifat obsesi suatu pihak, kumpulan atau individu dalam sesuatu isu yang bercanggah dengan maklumat yang mengakibatkan perpecahan dan pergaduhan antara satu sama lain. Teori Balkanisasi ini adalah teori yang menggambarkan obsesi yang makin menjadi-jadi bukan hanya di negara kita, malah di serata dunia seperti percanggahan antara ateis dan agamawan, percanggahan antara Amerika dengan negara lain, percanggahan antara kaum yang lebih hebat seperti kaum berkulit hitam dan kaum berkulit putih atau orang melayu dan orang cina, dan juga perkara kecil seperti peminat Korean-Pop atau K-pop dengan orang yang membenci K-pop.
Seperti mana yang kita tahu , Facebook mula diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang pelajar di Universiti Harvard. Pada awal pengenalan Facebook, hanya pelajar Universiti Harvard yang mempunyai e-mel pelajar (edu.email address) sahaja boleh mendaftar sebagai pengguna. Selepas dua minggu pertama diperkenalkan kepada umum, seramai 4300 pelajar mendaftar sebagai pengguna Facebook. Populariti laman web Facebook kemudiannya berkembang ke serata dunia termasuklah Malaysia. Tinjauan Persatuan Digital Malaysia (MDA) mendapati jumlah pengguna berdaftar bagi laman jaringan sosial Facebook adalah 8 juta orang.
Ini menjadikan Facebook sebagai laman sosial yang terbanyak merekodkan jumlah pengguna berdaftar di Malaysia (Berita Harian Online, 21 November 2010). Jumlah ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa Facebook merupakan laman sosial yang paling popular di Malaysia. Populariti Facebook telah menarik minat ramai pengkaji untuk menyelidik penggunaan laman sosial ini.
Menurut Ritcher dan Koch (2008), fungsi laman jaringan sosial adalah untuk mengurus identiti (identity management), mencari pakar (expert finding), menyedari konteks (context awareness), mengurus kenalan (contact management) dan menukar maklumat (exchange information). Sarjana juga mengemukakan motif penggunaan Facebook adalah untuk mengekalkan hubungan, meluangkan masa, menyertai komuniti maya, menghiburkan, merasa hebat, mencari teman, (Sheldon, 2008) mendedahkan diri, dan mencari maklumat (Ishii, 2008).
Ketagihan dalam penggunaan laman Facebook juga boleh memberi implikasi negatif. Mereka yang akses laman Facebook dalam satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan mereka mengalami ketagihan kepada laman sosial tersebut. Selain itu, pelbagai pihak akan mengambil kesempatan sama ada meraih keuntungan dengan melakukan penipuan yang bertujuan untuk menimbulkan aib kepada individu tertentu. Selain itu, tidak kurang juga terdapat pengguna yang menggunakan Facebook untuk meluapkan perasaan geram, benci dan sedih mereka terhadap individu tertentu.
Baru- baru ini . kes terbaru seorang pengguna facebook yang tidak asing lagi dengan kebiadpan nya dalam menghina agama islam iaitu Alvin Tan. Tindakan beliau yang sangat kurang ajar dalam menghina agama rasmi kita dengan membuat satu komik melibatakan senaskah Al-quran dilapkan dengan najisnya lalu di muat turun dalam akaun facebooknya. Adakah ini dinamanya manusia hilang arah dalam satu konsep agama yang dihormati? Apakah ini juga membuatkan perpaduan kaum kita sendiri akan bersatu? Sama sekali tidak kerana hal ini membolehkan perpecahan kaum boleh berlaku sekali lagi.
Ingatkah anda tentang kes 13 Mei? Dimana isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.
Saya juga bersetuju dengan penulis. Di mana beliau mengatakan balkanisasi menyebabkan segregasi dan keganasan. Dalam kajian ringkas yang dilakukan oleh Dr. Rahmat Ghazali, terdapat banyak cacian dan makian yang terdapat di dalam Internet dengan hanya mencarinya di dalam Google. Bukan itu sahaja, penulis telah memberi contoh iaitu ‘spam’, di mana sesiapa sahaja termasuk remaja yang membukak emailnya yag didatangi oleh ‘spam’ atau iklan yang berunsurkan seks telah dikirimkan kepada alamat emailnya tanpa dipinta. Soalanya sekarang, adakah remaja itu akan menutup ‘spam’ itu atau membukaknya. Hal ini akan mengheret seorang itu kepada gejala seksual dan sifat ingin tahu.
Jelas menunjukkan bahawa balkanisasi siber mampu menggugat keharmonian dan kesejahteraan kaum di Malaysia lalu timbulnya pelbagai jenis perbezaan fahaman dalam masyarakat. Penulis amat berharap agar kebebasan media baru haruslah ditunjangi dengan etika kewartawanan bagi mengelakkan timbulnya konflik fahaman berbeza yang mampu memecahbelahkan keharmonian dan perpaduan kaum dalam masyarakat multietnik di Malaysia. Hal ini seiring dengan matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai tahap pemikiran kelas pertama tanpa adanya jurang fahaman rasime dalam diri mereka. Sekian Terima Kasih,
No comments:
Post a Comment