SHAH ALAM : Seorang gadis muda dipercayai maut selepas ditikam di dalam sebuah kereta mewah di Bangunan Lama PKNS , Jalan ketam, Seksyen 15 pada pagi ini.
Mayat mangsa yang berumur 18 tahun dikenali sebagai Siti Suraya Binti Abdullah telah ditikam dengan pisau di dada kirinya.
Mangsa yang difahamkan baru sahaja memeluk agama islam telah dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah didalam sebuah kereta mewah Mercedez Benz CLK 24OO.
Menurut Deputi Superitendan Polis (DSP) Syed Kamarul Bin Syed Amani Jamalulai Baraqabah berkata , menurut pakar forensik , mangsa telah ditikam dalam kira-kira jam 4.00 pagi dan maut kira-kira 4.20 pagi.
Menurutnya lagi mangsa dipercayai menggunakan kenderaan majikan yang bekerja di salah sebuah Syarikat Logistik itu ingin pulang ke rumahnya dari Pelabuhan Klang menuju ke Damansara.
“ Kami mendapat satu panggilan dari salah seorang saksi mengatakan terjumpa sebuah kereta dan terlihat seorang wanita yang berlumuran darah di tempat kejadian .“ Ujarnya ketika ditemu ramah dalam sidang akhbar.
Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, bekerja sebagai pembersih dikawasan itu berkata , beliau ternampak sebuah kereta yang mencurigakan di tempat tersebut dalam kira-kira jam 6 pagi.
“ Rakan-rakan saya yang sedang tidur di atas telah terdengar satu jeritan suara seolah-olah seperti dalam pertelingkahan kemudian suara itu hilang “ katanya.
Syed berkata motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan malah tiada kaitan dalam kes rompakan atau samun serta motif ini juga berkemungkinan mangsa memeluk agama islam dan motif cemburu.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk dibedah siasat dan kes ini masih lagi dalam siasatan.
Tamat/-
Mangsa
ditemui di tempat duduk dan ditikam menggunakan pisau di dalam sebuah kereta
mewah di Jalan Ketam , Seksyen 15 Shah Alam. Foto Muhammad Amri Mutalib
No comments:
Post a Comment