Wednesday, 2 December 2015

Zahid Perjelas Isu RM2.6B Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini memberi penjelasan berhubung isu dana RM2.6 bilion kepada Dewan Rakyat. 


Dalam penjelasan itu, antara lainnya Ahmad Zahid memaklumkan dana itu yang dimasukkan dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kini masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang kepada awam.

 Beliau berkata, siasatan berhubung isu itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. 

Dalam pada itu, Zahid berkata, di Malaysia tiada undang-undang khusus yang mengawal dana politik, justeru amalan menerima dana ini dibenarkan oleh mana-mana parti politik termasuk pembangkang.

Dalam sesi penerangan itu, tiada soal jawab dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Najib juga sudah menyuarakan hasrat membuat satu pendekatan baharu supaya ada kawalan selia terhadap dana politik namun ia ditolak pembangkang. 

Hasrat itu kata Ahmad Zahid sudah dua kali dinyatakan iaitu pada 2009 dan sekali lagi sebelum ini, susulan isu RM2.6 bilion yang menjadi perhatian umum.





No comments:

Post a Comment