Thursday, 17 December 2015

DON'T TEXT AND DRIVE




Texting while driving need to be stopped.Is it really important to stay connected during the duration of our days?
According to Ian Mulgrew, a journalist from Canada, most accidents are cause on distraction while driving which were contributed by the usage of cell phone.
Many drivers nowadays are having such demanding lives and never get enough time to finish them all in one day.
Thus, the driver’s sort out the dilemma by doing it on the road while driving. There are numerous law created to prevent distracted driving from happening, still, the acts did nothing to stop it.

“Replying to your
friends or family text is
not nearly as
important as your life or
someone else”






No matter how old or young they are, driving while texting should not be under circumstances be performed on the road.
Using cell phone while driving will not only harms the pedestrians but the passenger you are carrying.
One reason why many people are against texting while driving is the number of car accidents it contributed yearly. While driving, people such as adult and teenagers are finding it hard to resist picking up their cellphone and send text to one and another.
The vibration and the ringing tone only contributed the urge to check the notification while driving.
As soon as the driver’s eye are in contact with the phone, their focus are shifted away from the roads.
According to a research done in 2009, 5 474 lives were lost while 448 000 people suffered injuries from car accidents related to being distracted by driving.
Car crashes are 4 times more likely to occur while the driver is using their phone over any other causes. Most people does not realize the severity of being careless while driving.


According to Bret Schulte, talking on cell phone is not as dangerous as texting these days.


While talking on the phone, it is easier to keep your eyes on the road, but when drivers start engaging text sending that is a different story.


Mainly because it is not possible to look in both directions simultaneously, in which the focus are drawn directly to the phone screens.


It’s difficult for all drivers, especially teenagers, to put down the cell phone and both their hands on the steering wheel, which may results in many car crashes.


Even with the majority people are backing up the law on the banning texting while driving.


Many people feel that staying connected to the outside world is much more beneficial that focusing on the road ahead, although it isn’t.


It can however, harms other pedestrian and other drivers who are doing nothing than reaching their destinations.


If people are serious about the causes of driving while texting, less vehicle accidents would happen every year and the roads would a safer place.


Drivers that compromised their focus on the phone instead on the road need to know the position they put others in as well as themselves.
While driving behind a wheel drivers should never remove themselves from the front view of the road

Thursday, 3 December 2015

Najib Akan Beri Keterangan Kepada SPRM Hari Ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berhubung dana bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau, menurut sumber. Sumber itu berkata, SPRM akan mengambil keterangan berhubung siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya, SRC International. Najib sebelum ini menyatakan komitmen untuk memberi keterangan kepada SPRM. Perdana Menteri juga sudah menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang untuk kepentingan peribadi. SPRM sebelum ini menyatakan wang berkenaan adalah dana politik daripada seorang penderma dari Asia Barat. - Reuters



Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/101831

For Academic Purpose Only- Simulation of Case - Gadis Maut Ditikam



SHAH ALAM : Seorang gadis muda dipercayai maut selepas ditikam di dalam sebuah kereta mewah di Bangunan Lama PKNS , Jalan ketam, Seksyen 15 pada pagi ini.

Mayat mangsa yang berumur 18 tahun dikenali sebagai Siti Suraya Binti Abdullah telah ditikam dengan pisau di dada kirinya.

Mangsa yang difahamkan baru sahaja memeluk agama islam telah dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah didalam sebuah kereta mewah Mercedez Benz CLK 24OO.

Menurut Deputi Superitendan Polis (DSP) Syed Kamarul Bin Syed Amani Jamalulai Baraqabah berkata , menurut pakar forensik , mangsa telah ditikam dalam kira-kira jam 4.00 pagi dan maut kira-kira 4.20 pagi.

Menurutnya lagi mangsa dipercayai menggunakan kenderaan majikan yang bekerja di salah sebuah Syarikat Logistik itu ingin pulang ke rumahnya dari Pelabuhan Klang menuju ke Damansara.

“ Kami mendapat satu panggilan dari salah seorang saksi mengatakan terjumpa sebuah kereta dan terlihat seorang wanita yang berlumuran darah di tempat kejadian .“ Ujarnya ketika ditemu ramah dalam sidang akhbar.

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, bekerja sebagai pembersih dikawasan itu berkata , beliau ternampak sebuah kereta yang mencurigakan di tempat tersebut dalam kira-kira jam 6 pagi.

“ Rakan-rakan saya yang sedang tidur di atas telah terdengar satu jeritan suara seolah-olah seperti dalam pertelingkahan kemudian suara itu hilang “ katanya.

Syed berkata motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan malah tiada kaitan dalam kes rompakan atau samun serta motif ini juga berkemungkinan mangsa memeluk agama islam dan motif cemburu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk dibedah siasat dan kes ini masih lagi dalam siasatan.

Tamat/-







Mangsa ditemui di tempat duduk dan ditikam menggunakan pisau di dalam sebuah kereta mewah di Jalan Ketam , Seksyen 15 Shah Alam. Foto Muhammad Amri Mutalib


Wednesday, 2 December 2015

Zahid Perjelas Isu RM2.6B Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini memberi penjelasan berhubung isu dana RM2.6 bilion kepada Dewan Rakyat. 


Dalam penjelasan itu, antara lainnya Ahmad Zahid memaklumkan dana itu yang dimasukkan dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kini masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang kepada awam.

 Beliau berkata, siasatan berhubung isu itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. 

Dalam pada itu, Zahid berkata, di Malaysia tiada undang-undang khusus yang mengawal dana politik, justeru amalan menerima dana ini dibenarkan oleh mana-mana parti politik termasuk pembangkang.

Dalam sesi penerangan itu, tiada soal jawab dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Najib juga sudah menyuarakan hasrat membuat satu pendekatan baharu supaya ada kawalan selia terhadap dana politik namun ia ditolak pembangkang. 

Hasrat itu kata Ahmad Zahid sudah dua kali dinyatakan iaitu pada 2009 dan sekali lagi sebelum ini, susulan isu RM2.6 bilion yang menjadi perhatian umum.





Pekeliling Haram Jual Vape Dalam Seminggu


NUSAJAYA: Semua pengusaha vape akan menerima pekeliling rasmi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing berhubung pengharaman jualan vape, dalam tempoh tujuh hari. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latif Bandi, berkata kerajaan Johor akan mengeluarkan arahan kepada lapan majlis daerah dan tujuh PBT di negeri ini dalam tempoh dua hari ini. Katanya, ada PBT dan pihak majlis daerah yang sudah maklum berhubung pelaksanaan pengharaman jualan vape yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2016. "Semua PBT akan mula menyerahkan pekeliling berhubung pengharaman itu dalam tempoh seminggu ini," katanya. Pada 29 November lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di negeri ini bermula 1 Januari 2016.




Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/101845

Tuesday, 17 November 2015

SHAH ALAM - PERMUDAHKANLAH URUSAN AKU MENDAPAT ILMU DARINYA.....( hujan lebat kilat guruh )

SHAH ALAM - JAM 5.00 PETANG - FAKULTI MASSCOM UiTM-

Hari ini L.A merasakan dunia ini seolah-olah nak berlakunya hari kiamat. Oleh kerana hujan lebat campur dengan dentuman kilat sambung menyambung , aku berasa takut dan seram kerana terlihat suasana di luar kelas gelap gelita.



Ya Allah , sesungguhnya hari ini adalah hari untuk kau mnyuburkan tanaman dan memberikan minuman kepada makhluk ciptaan mu maka kau panjangkanlah umur ku agar dapat melihat awan keesokan hari.



selangakah demi selangkah aku berjalan dan    mengharungi masa untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat , kau kabulkan kanlah impian dan harapan aku menjadi seorang insan yang berguna pada ibu bapa dan rakan -rakan dikasihi.

Jam menunjukan pukul 5.03 Petang , L.A masih lagi berada didalam kelas Newspaper Editorial Management , diajar oleh pensyarah yang sangat dikagumi , hati aku merasa tidak sedap dan tenang kerana hujan yang lebat membuatkan aku takut. Permudahkanlah urusan aku YA ALLAH....



Saturday, 14 November 2015

KOMEN ARTIKEL - BALKANISASI SIBER :GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1MALAYSIA.



Pada 7 November 2015 ( SABTU ) yang lalu, saya ada membaca satu artikel yang sangat menarik dan telah memberikan impak yang berkesan buat diri saya dimana ianya membuka minda saya untuk mengetahui apa itu sebenarnya kemunculan media baru dan tradisional.

Artikel tersebut telah disiarkan dalam satu blog SUARA MURBA bertajuk BALKANISASI SIBER :GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1MALAYSIA. http://suaramurba.blogspot.my/2011/11/artikel-3-balkanisasi-siber-gangguan.html.
Hasil tulisan karya seorang pensyarah dari Fakulti Komunikasi Pengajian Media iaitu DR. Rahmat Ghazali telah memberikan informasi yang sangat baik kepada masyarakat umum.



Pada awalnya saya membaca artikel tersebut, tidak pernah saya mengetahui akan kemunculan negara-negara Balkan. Malah juga , apa yang cuba disampaikan oleh penulis , saya tidak mengerti akan informasinya.

Apa itu BALKANISASI? Balkanisasi dalam erti kata lain, suatu teori di mana ia menggambarkan mengenai sifat obsesi suatu pihak, kumpulan atau individu dalam sesuatu isu yang bercanggah dengan maklumat yang mengakibatkan perpecahan dan pergaduhan antara satu sama lain. Teori Balkanisasi ini adalah teori yang menggambarkan obsesi yang makin menjadi-jadi bukan hanya di negara kita, malah di serata dunia seperti percanggahan antara ateis dan agamawan, percanggahan antara Amerika dengan negara lain, percanggahan antara kaum yang lebih hebat seperti kaum berkulit hitam dan kaum berkulit putih atau orang melayu dan orang cina, dan juga perkara kecil seperti peminat Korean-Pop atau K-pop dengan orang yang membenci K-pop.
Seperti mana yang kita tahu , Facebook mula diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang pelajar di Universiti Harvard. Pada awal pengenalan Facebook, hanya pelajar Universiti Harvard yang mempunyai e-mel pelajar (edu.email address) sahaja boleh mendaftar sebagai pengguna. Selepas dua minggu pertama diperkenalkan kepada umum, seramai 4300 pelajar mendaftar sebagai pengguna Facebook. Populariti laman web Facebook kemudiannya berkembang ke serata dunia termasuklah Malaysia. Tinjauan Persatuan Digital Malaysia (MDA) mendapati jumlah pengguna berdaftar bagi laman jaringan sosial Facebook adalah 8 juta orang.
Ini menjadikan Facebook sebagai laman sosial yang terbanyak merekodkan jumlah pengguna berdaftar di Malaysia (Berita Harian Online, 21 November 2010). Jumlah ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa Facebook merupakan laman sosial yang paling popular di Malaysia. Populariti Facebook telah menarik minat ramai pengkaji untuk menyelidik penggunaan laman sosial ini.

                 


Menurut Ritcher dan Koch (2008), fungsi laman jaringan sosial adalah untuk mengurus identiti (identity management), mencari pakar (expert finding), menyedari konteks (context awareness), mengurus kenalan (contact management) dan menukar maklumat (exchange information). Sarjana juga mengemukakan motif penggunaan Facebook adalah untuk mengekalkan hubungan, meluangkan masa, menyertai komuniti maya, menghiburkan, merasa hebat, mencari teman, (Sheldon, 2008) mendedahkan diri, dan mencari maklumat (Ishii, 2008).


Ketagihan dalam penggunaan laman Facebook juga boleh memberi implikasi negatif. Mereka yang akses laman Facebook dalam satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan mereka mengalami ketagihan kepada laman sosial tersebut. Selain itu, pelbagai pihak akan mengambil kesempatan sama ada meraih keuntungan dengan melakukan penipuan yang bertujuan untuk menimbulkan aib kepada individu tertentu. Selain itu, tidak kurang juga terdapat pengguna yang menggunakan Facebook untuk meluapkan perasaan geram, benci dan sedih mereka terhadap individu tertentu.

Baru- baru ini . kes terbaru seorang pengguna facebook yang tidak asing lagi dengan kebiadpan nya dalam menghina agama islam iaitu Alvin Tan. Tindakan beliau yang sangat kurang ajar dalam menghina agama rasmi kita dengan membuat satu komik melibatakan senaskah Al-quran dilapkan dengan najisnya lalu di muat turun dalam akaun facebooknya. Adakah ini dinamanya manusia hilang arah dalam satu konsep agama yang dihormati? Apakah ini juga membuatkan perpaduan kaum kita sendiri akan bersatu? Sama sekali tidak kerana hal ini membolehkan perpecahan kaum boleh berlaku sekali lagi.
Ingatkah anda tentang kes 13 Mei? Dimana isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.

Penulis juga ada menguraikan tentang pengunaan internet dimana bahan yang dicari adalah lewah. Maksudnya apa yang kita cari bukan hanya satu atau dua sahaja yang keluar tetapi berjuta-juta informasi yang dapat melalui hasil pencarian itu sendiri. Sebagai contoh hanya masukan perkataan VIDEO SEKS dalam enteri GOOGLE dan hasilnya boleh mencecah sebanyak 44,000,000 hanya dalam 0.23 saat sahaja.

Dengan hanya klik sahaja di komputer riba atau android anda, boleh dapat sebanyak mana informasi yang ingin dicari. Ini kerana tiada SEKATAN dalam penggunaan media. Setiap peribadi manusia , masyarakat boleh mengenal dan membuat tafsiranhya dengan sendiri tanpa ragu-ragu. malah juga , dengan adanya media baru ini , masyarakat mudah membuat pelbagai hasutan dan nilai kemanusian semakin rendah dan adakalanya dilupakan.


Saya juga bersetuju dengan penulis. Di mana beliau mengatakan balkanisasi menyebabkan segregasi dan keganasan. Dalam kajian ringkas yang dilakukan oleh Dr. Rahmat Ghazali, terdapat banyak cacian dan makian yang terdapat di dalam Internet dengan hanya mencarinya di dalam Google. Bukan itu sahaja, penulis telah memberi contoh iaitu ‘spam’, di mana sesiapa sahaja termasuk remaja yang membukak emailnya yag didatangi oleh ‘spam’ atau iklan yang berunsurkan seks telah dikirimkan kepada alamat emailnya tanpa dipinta. Soalanya sekarang, adakah remaja itu akan menutup ‘spam’ itu atau membukaknya. Hal ini akan mengheret seorang itu kepada gejala seksual dan sifat ingin tahu.


Jelas menunjukkan bahawa balkanisasi siber mampu menggugat keharmonian dan kesejahteraan kaum di Malaysia lalu timbulnya pelbagai jenis perbezaan fahaman dalam masyarakat. Penulis amat berharap agar kebebasan media baru haruslah ditunjangi dengan etika kewartawanan bagi mengelakkan timbulnya konflik fahaman berbeza yang mampu memecahbelahkan keharmonian dan perpaduan kaum dalam masyarakat multietnik di Malaysia. Hal ini seiring dengan matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai tahap pemikiran kelas pertama tanpa adanya jurang fahaman rasime dalam diri mereka. Sekian Terima Kasih,